Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang Professor dari UITM berkata, Qom sebenarnya sebuah kota ilmu pengetahuan dan akan bertukar menjadi sebuah kota yang besar dalam lapangan ilmu.

Menurut Agensi Berita Iran (IRNA) yang memetik laporan pusat Hawzah Qom, Dr. Izani Ya'qub yang berkunjungan ke perpustakaan Ayatullah Mar'ashi Najafi bersama beberapa pensyarah dan cendiakawan Malaysia mengatakan, "Qom mempunyai ciri-ciri yang sangat unik, sebenarnya ia adalah kota ilmu. Ciri-ciri ini mampu berkembang ke kota-kota lain".

Pensyarah UITM ini melahirkan rasa kagum terhadap perpustakaan besar ini sambil dengan mengatakan, "Saya tidak mampu mengungkapkan dengan kata-kata khusus untuk menyifatkan perpustakaan ini kerana menentukan nilainya tidak dapat diceritakan


Beliau menambah, "Saya mengenali perpustakaan-perpustakaan besar, namun menurut pandangan saya, perpustakaan ini sangat mengagumkan".

Cendiakawan Malaysia ini menekankan betapa pentingnya kerjasama perhubungan antara dua hala ilmuan Malaysia dan Iran, beliau mengatakan, "Hubungan baik antara ilmuan dan cendiakawan agama kedua negara ini mampu meraih hasil yang positif, hubungan dua hala kedua-dua negara ini adalah perlu diperluaskan".

Beliau menambah, "Hubungan ilmu dan budaya cendiakawan Iran dan Malaysia menunjukkan kedua-dua negara Islam ini saling mendekati di bawah naungan panji-panji Islam demi mencapai matlamat perpaduan".